
MEDIA URUS TECHNOLOGY SDN BHD (MUTSB) ditubuhkan pada tahun 2005 dan menawarkan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta lain-lain perkhidmatan berkaitan dengannya, dimiliki 100% oleh Bumiputera. Selain berpengalaman lama dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan. Media Urus Technology Sdn Bhd dilengkapi dengan sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan sijil Bumiputra dan e-perolehan untuk kemudahan berurusan dengan agensi kerajaan.
MISI SYARIKAT KAMI
Menjadikan pelanggan sebagai rakan kongsi dalam usaha membekalkan produk yang berkualiti tinggi, tepat, profesional serta perhubungan yang selesa bagi penyelesaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta lain-lain yang serba lengkap dan bersepadu dalam usaha meningkatkan urusniaga yang cekap untuk kepuasan pelanggan.
VISI KAMI
“MUT Sdn Bhd” mensasarkan untuk menjadi sebuah syarikat “IT dan Multimedia-based solution provider” yang terbaik dengan membantu pelanggan dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan pengalaman serta pelbagaian produk dan perkhidmatan kami.
TENAGA PEKERJA
MUTSB mempunyai rakan pasukan yang telah terlibat di dalam industri ICT. Berpengalaman selama lebih 18 tahun dengan syarikat-syarikat yang lalu.